Wednesday, November 5, 2008

Bagaikan 'bom jangka'...

Dengan kalori yang tinggi termasuk lemak tepu dan lemak trans, kentang goreng lebih memudaratkan kesihatan anda.


Dewasa ini, kulinari Barat semakin diterima dalam menu hidangan kebanyakan rakyat Malaysia. Kentang goreng adalah antara yang bukan lagi asing. Daripada menjadi hidangan popular di restoran makanan segera atau dihidangkan bersama sajian Barat seperti stik atau digoreng sendiri di rumah, kentang goreng begitu mudah diperoleh di mana-mana sahaja.

Kesedaran masyarakat terhadap kesihatan hari ini yang semakin tinggi mendorong kebanyakan daripada kita menyedari keburukan di sebalik kelazatan kentang goreng.

Walaupun, kentang sebenarnya merupakan sumber karbohidrat yang baik, tetapi penyediaan kentang yang digoreng kemudian ditaburkan pula dengan perasa seperti garam menyebabkan menu ini lebih banyak mendatangkan keburukan.


Apatah lagi jika hidangan ini dinikmati di restoran, biasanya minyak yang digunakan untuk menggoreng digunakan berulang-ulang kali sehingga selalunya warna minyak bertukar hitam. Menurut pakar pemakanan Institut Jantung Negara, Mary Easaw, minyak digunakan berkali-kali akan menyebabkan kandungan kalori pada makanan yang digoreng semakin tinggi dan membahayakan kesihatan.

Malah, penyelidikan nutrisi antarabangsa mendedahkan dalam satu hidangan kentang goreng, biasanya kandungan kalori hampir separuh daripada keseluruhan nutrisi yang ditawarkan sajian itu.


Fakta nutrisi menyatakan bagi satu hidangan besar kentang goreng sekitar 169 gram, ia mempunyai 539 kalori, 63.4 gram karbohidrat dan 28.8 gram lemak iaitu 6.7 gram lemak tepu, 7.4 gram lemak trans serta lain-lain.

Tahukah anda berapa lama masa yang anda perlu untuk membakar 539 kalori? Ia bersamaan dengan 40 hingga 60 minit berlari di atas treadmill. Persoalannya, kalau anda fikir kembali, berapa kerapkah anda bersenam dan keduanya, sekiranya anda berada di atas treadmill, berapa lama biasanya anda melakukan larian?

Bagi yang pernah menggunakan treadmill, pasti sudah dapat membayangkan ia bukanlah sesuatu yang berbaloi untuk berlari selama satu jam hanya untuk membakar satu hidangan kentang goreng.

Bagaimanapun, sebagai satu penulisan yang adil, perlu untuk pembaca ruangan ini menyenaraikan juga nutrisi baik yang terkandung di dalam kentang goreng. Satu hidangan besar kentang goreng juga mempunyai dua peratus kalsium, 13 peratus zat besi, lapan peratus vitamin C dan 5.9 gram fiber.

Namun begitu, selain kebimbangan mengenai kandungan kalori yang tinggi, satu lagi kerisauan pakar pemakanan ialah keburukan lemak tepu dan lemak trans. Kajian mendapati kedua-dua lemak ini meningkatkan kolesterol jahat (LDL) sekali gus mendorong kepada risiko penyakit jantung koronori (CAD).

Malah, dengan ramai ibu bapa sudah menghidangkan anak-anak mereka dengan kentang goreng setiap hari, anak kecil anda terdedah untuk mendapat penyakit jantung lebih awal daripada biasa.

Perunding Kardiologi dan Elektrofisiologi, Datuk Dr. Azhari Rosman, menyatakan plak kolesterol sudah terjadi sejak seseorang berusia lapan tahun lagi. Plak kolesterol yang semakin tebal akan menyebabkan darah tersumbat dan menyebabkan CAD.

Potensi kulit durian rawat kanser...

GEORGE TOWN - Selama ini selain isi, kulit dan biji durian dibuang begitu sahaja. Bagaimanapun seorang saintis Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menggali potensi pangsa durian agar ia tidak terbuang begitu sahaja.

Kejayaan yang dicapai oleh Penyelidik Fakulti Teknologi Industri USM, Profesor Madya Azhar Mat Easa memang membanggakan kerana berjaya menukar pangsa durian kepada bahan yang mampu merawat kanser.

Pangsa durian kini boleh diproses menjadi serbuk atau modified Durian Rind Pectin (mDRP) dan boleh bertindak membuang logam berat dalam tubuh manusia.

Namun begitu, satu kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan untuk membuktikan keupayaan mDRP itu sebagai agen membasmi kanser tetapi melalui petanda awal yang berjaya diperoleh, ia tidak mustahil untuk dilakukan.

"Kajian yang kita jalan selama dua tahun ini berjaya mendapatkan serbuk daripada pangsa durian itu yang mampu mengasingkan logam berat daripada tubuh manusia.

"Serbuk yang dicipta itu akan mengikat logam berat seperti raksa, arsenik dan plumbum yang ada dalam tubuh dan ia akan dikeluarkan dari tubuh sebagai najis," katanya pada sidang media di USM semalam.

Logam berat yang mengancam tubuh kita biasanya diterima daripada pelbagai punca seperti cat, ubat-ubatan tradisional, bateri, gam dan banyak lagi melalui sedutan, sentuhan atau makanan.

Antara ancaman logam berat itu kepada tubuh manusia ialah kegagalan untuk berfungsi pada buah pinggang, hati, otak, sistem saraf tunjang serta sistem pembiakan.

Sunday, October 26, 2008

Barah payu dara lelaki

Sejarah keluarga, obes berisiko diserang penyakit

WALAUPUN anda seorang lelaki, kemungkinan untuk diserang barah payu dara tetap ada, apatah lagi jika anda obes dan lahir dalam keluarga yang memiliki sejarah penyakit itu.

Pakar Bedah Am, Hospital Damai Jalan Ipoh, Dr Chaw Kien Chee, berkata umumnya peratusan kes barah payu dara lelaki agak kecil iaitu satu peratus dalam semua kes barah payu dara.

Bagaimanapun, katanya kerana kebanyakan lelaki beranggapan barah payu dara itu penyakit wanita, ada yang tidak mempedulikan simptom yang ada pada mereka.

Justeru, katanya, apabila pesakit lelaki datang mendapatkan rawatan kebanyakan mereka sudah berada di tahap akhir.

"Simptom paling ketara adalah ketulan di payu dara. Disebabkan payu dara lelaki lebih dekat dengan dada, ia lebih mudah merebak berbanding barah payu dara yang menyerang wanita," katanya.

Dr Chaw berkata, lelaki memiliki sejumlah kecil tisu payu dara yang tidak berfungsi. Pada peringkat kanak-kanak tisu payu dara kanak-kanak lelaki dan perempuan hanya terdiri daripada struktur seperti tiub atau saluran yang dikenali sebagai puting susu.

Bagi perempuan apabila datang haid, ovari menghasilkan estrogen menjadikan saluran itu membesar dan kelenjar susu terbentuk di hujung puting itu. Lelaki pula, hormon testosteron menekan pertumbuhan tisu payu dara dan pembentukan kelenjar susu.

Justeru, payu dara lelaki selalunya kecil dengan puting yang tidak terbentuk dan sejumlah kecil lemak dan tisu.

"Lelaki yang diserang barah payu dara selalunya gemuk kerana golongan itu memiliki lebih banyak tisu pada payu dara," katanya.

Walaupun barah payu dara lelaki agak jarang berlaku tetapi Persatuan Barah Amerika meramalkan untuk tahun ini, 1,990 kes baru akan dicatatkan dengan 480 kematian dicatatkan.

Simptom barah payu dara antara lelaki dan wanita juga sama. Ada ketulan kecil di payu dara atau ketiak, lelehan daripada puting atau kulit di payu dara yang termasuk ke dalam membentuk lekuk.

INFO: Faktor risiko barah payu dara pada lelaki
# Berusia
# Memiliki sejarah keluarga yang didiagnos dengan barah payu dara
# Terdedah pada rawatan radiasi
# Penyakit hati yang kronik
# Berhadapan dengan masalah hormon perempuan berlebihan (sindrom klinefelter)
# Obes

Rawatan
Tiada beza rawatan barah payu dara sama ada untuk lelaki atau perempuan. Apa yang perlu ditekankan adalah pada tahap mana barah itu berada. Ada pesakit yang hanya memerlukan pembedahan kecil dan tanpa kemoterapi. Ada juga yang memerlukan rawatan kemoterapi atau terapi hormon. Rujukan : Berita Harian # Ahad, 26 Oktober 2008 #

p/s : kepada lelaki tu selalulah check payu dara anda...

10,000 mati sehari akibat rokok

Hasil kajian mendedahkan tidak ada kesan pencegahan yang berkesan terhadap perokok

MINGGU ini, saya ingin memperkatakan mengenai tajuk “merokok mengundang kematian”. Mungkin ungkapan ini sering diperkatakan sehingga kebanyakan daripada anda bosan mendengarnya. Bagi yang merokok, ungkapan seperti ini seolah-olah tidak diendahkan.

Bagaimanapun, anda yang merokok harus ingat bahawa bukan anda saja yang akan menerima kesan atau akibat daripada merokok, malahan mereka yang berada di sekeliling anda terutama keluarga akan menerima kesan yang sama atau mungkin lebih teruk.

Artikel saya minggu lalu mengenai zarah radikal bebas yang memberi kesan negatif kepada tubuh badan sehinggakan boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Tetapi zarah radikal bebas ini boleh dielakkan jika anda mengetahui punca pembentukannya yang paling kuat.

Satu daripada punca pembentukan zarah radikal bebas yang paling kuat (dan juga yang paling mudah dielakkan) adalah merokok. Dalam hal ini, toksin yang terkandung dalam asap rokok bertindak sebagai pemangkin untuk membebaskan elektron daripada atomnya, dan dengan itu mewujudkan zarah radikal bebas. Statistik juga menunjukkan hubungan yang jelas di antara kewujudan zarah radikal bebas itu dan kejadian sel kanser.

Walaupun statistik itu membimbangkan, sekurang-kurangnya perokok itu mempunyai pilihan sama ada untuk merokok atau tidak merokok. Orang yang terpaksa menyedut asap rokok orang lain tidak ada pilihan sedemikian. Berikut adalah gejala orang yang terpaksa menyedut asap rokok orang lain berbanding orang yang langsung tidak merokok:

* lima kali lebih karbon monoksida disedut
* empat kali lebih tar dan nikotin disedut
* empat puluh kali lebih karsinogen disedut

Perokok memang mendapat semua gejala ini, kedua-dua kesan secara langsung atau asap baru yang ditambah dengan kesan secara tidak langsung.


Bahan kimia yang disebut di atas, iaitu karbon monoksida, tar dan nikotin, selain bersifat karsinogen, juga meningkatkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, menambah risiko arteriosklerosis (penyumbatan jantung dengan kolesterol), dan menambah kejadian darah beku dan trombosis. Lebih dahsyat lagi, bahan kimia itu mengganggu ritma denyutan jantung biasa.

Malangnya, hasil kajian dan statistik, mendedahkan tidak ada kesan pencegahan yang berkesan terhadap perokok. Sebaliknya, mereka dengan megah memberitahu tabiat itu dapat meningkatkan tahap kecerdasan mental, membaiki sistem penghadaman, mengurangkan tekanan mental dan secara keseluruhannya, menghasilkan pendekatan hidup yang lebih menyenangkan dan dengan mudah mengenepikan segala kesan buruk terhadap diri dan orang di sekeliling mereka.

Namun bukan perokok saja patut dipersalahkan kerana tabiat buruk itu. Kalau tidak ada pengilang rokok dan tembakau, rokok tidak akan wujud.

Dr Nakajima, dulunya Ketua Pengarah Perubatan Pertubuhan Kesihatan Dunia, dalam keterangannya baru-baru ini mengatakan “bukan saja di negara maju tetapi juga di negara membangun, kira-kira separuh daripada perokok akhirnya mati akibat penggunaan tembakau. Setiap tahun ketagihan rokok menyebabkan kira-kira 3.5 juta kematian di seluruh dunia dan jumlah itu dijangka bertambah kepada 10 juta setahun pada tahun 2020 dan seterusnya, dan 7 juta daripada kematian itu adalah di negara membangun. Lima puluh peratus daripada kematian yang sia-sia itu kini berlaku kepada orang pertengahan umur (35-69), yang kerugian kira-kira 22 tahun jangka hidup biasa.

”Setiap hari, hampir 10,000 orang mati di seluruh dunia akibat penggunaan tembakau.”

Terdapat pelbagai statistik menunjukkan bilangan perokok dan berapa ramai yang mendapat kesan buruk daripadanya. Apa yang pasti, statistik semakin meningkat. Mungkin pendedahan ini terlalu mudah, namun saya benar-benar percaya bahawa kita yang membuat pilihan sama ada untuk merokok atau tidak. Kita jugalah yang membuat pilihan untuk berhenti. Selepas anda mendapat kekuatan untuk berhenti merokok, gunakan kekuatan dalaman dan azam untuk kekal demikian dan yakinlah bahawa anda membuat pilihan yang betul.

Saya mempunyai impian melihat Malaysia bebas daripada rokok. Bukan untuk kebaikan saya tetapi demi anak-anak dan demi generasi akan datang. Alangkah baiknya jika masyarakat kita mempunyai lebih orang yang berpendirian sedemikian, khususnya dalam kerajaan hari ini, untuk membantu mencapai impian itu.

Rujukan : Berita Harian # Ahad, 26 Oktober 2008 #

Diet Barat punca penyakit jantung

WASHINGTON: Diet Barat membabitkan makanan bergoreng, makanan ringan bergaram dan daging menyumbangkan kepada 35 peratus penyakit jantung di seluruh dunia.

Kajian penyelidik di 52 negara menunjukkan mereka yang makan diet Barat berasaskan daging, telur dan makanan ringan lebih berisiko mendapat serangan jantung, manakala makan lebih buah dan sayur mempunyai risiko lebih rendah.

Kajian itu menyokong penemuan sebelum ini bahawa makanan ringan dan lemak haiwan sebabkan sakit jantung.

Dr Salim Yusuf dari Universiti McMaster di Ontario, Kanada dan rakannya sudah menyoal lebih 16,000 pesakit dengan 5,700 daripada mereka mendapat serangan jantung pertama.

Mereka terbahagi tiga kumpulan iaitu pertama dilabel oriental kerana kaya dengan taufu dan soya serta sumber lain," kata penyelidik yang menulis laporan disiarkan jurnal Circulation.

"Faktor kedua western kerana mengandungi makanan bergoreng, makanan ringan bergaram dan pengambilan daging manakala faktor diet ketiga dilabelkan prudent kerana kaya dengan buah dan sayur."

Mereka yang makan lebih banyak buah dan sayur mempunyai 30 peratus risiko rendah untuk diserang penyakit jantung.

Kelompok yang makan diet Barat berisiko serangan jantung 35 peratus. Peserta diet oriental mempunyai risiko secara purata diserang sakit jantung. - Reuters

Thursday, October 23, 2008

SEDARKAH ANDA...

90% daripada penyakit hari ini bermula di usus besar! Jika orang-orang tua kite dahulu, mereka hanya makan 2-3 kali sahaja seminggu. Hari ini ’makan’ telah menjadi satu budaya. Kalau ada majlis jamuan atau persidangan, beraneka makanan dihidangkan! Jika bulan puasa pula, pelbagai jenis makanan yang tidak pernah dimakan waktu hari biase, dimakan ketika berbuka puasa. Jika majlis perkahwinan pula, jikalau air yang dihidangkan ialah air kosong, kita akan dikatakan ’kedekut’.
Tetapi hari ini, pada hari biasa pun kita makan enam kali @ paling tidak tujuh kali sehari. Akan tetapi kita juga perlu membuang air besar seelok-eloknya 2 kali sehari @ sekurang-kurangnya sekali sehari. Ramai anak-anak bila ada masa hendak buang air, terencat kerana tandas yang kotor. Ini akhirnya akan menjadikan anda sebagai dewasa yang mempunyai masalah sembelit.

Kita tidak pernah terbayang sistem penghadaman kita dari mulut ke rectum @ hampir 60-65 kaki (18.29-19.81 meter) panjangnya. Proses penghadaman bermula didalam mulut ke perut dan terus dihancurkan di dalam usus kecil yang panjangnya dalam anggaran 20-25 kaki dan berpusing kedudukannya dalam perut kita. Dan dari usus kecil bersambung ke usus besar dan di dalam usus besar makanan yang tidak diserap dijadikan najis. Airnya dikeluarkan sebagai air kencing dan najisnya dikeluarkan melalui dubur atau rectum. Sejumlah besar dari makanan kita dijadikan najis dan mesti dikeluarkan dari usus besar.
Jika najis tidak dikelurkan dari usus besar, terdapat satu bacteria yang sememangnya wujud dalam usus akan bercambah dan menjadikan najis itu busuk dan mengelurkan racun. Serentak dengan ini bacteria yang bersih yang diberi nama LACTOBACILLUS yang berfungsi mengeluarkan vitamin K dan vitamin B complex untuk membantu proses penghadaman akan mati. Bacteria-bacteria lain akan bercambah termasuk yis @ ragi yang diberi nama CANDIDA. Bila Candida bercambah, ia akan mengeluarkan gas dan dengan itu perut kita @ perut anak kecil itu kembung. Jika ketuk dengan jari, perut kembung berbunyi semacam bunyi gendang. Ini akan menyebabkan anak sakit perut dan dengan itu akan sering menangis.
Apa yang lebih teruk ialah Candida ini akan merayap ke usus kecil dan menebuk lubang untuk masuk ke dalam saluran-saluran darah dipermukaan usus kecil. Hasil dari penebukan ini, saluran-saluran kecil yang selalu menjadi penapis akan berlubang dan dengan itu racun-racun ini lama-kelamaan akan menyebabkan penyakit-penyakit seperti alahan, asma @ lelah, penyakit sendi seperti arthritis.
Dengan itu adalah amat penting bagi kita untuk membuang air besar sebaik-baiknya dua kali sehari @ sekurang-kurangnya sekali sehari. Cara yang baik untuk membolehkan kita membuang air besar ialah bangun pagi minum air segelas diikuti dengan air yang dibuat dari jenis ulam seperti pegaga, ulam raja dan lain-lain.
Hari ini, kita ada juga cara untuk merawat orang yang telah mengalami sembelit begitu lama iaitu dengan mengunakan satu teknik yang diberi nama COLON HYDROTHERAPY iaitu rawatan mencuci usus.
Kita mengunakan mesin untuk mengelurkan khazanah yang tersimpan begitu lama dan alhamdulilah telah membantu ramai pesakit kronik termasuk mereka yang terlalu gemuk dan ada masalah seperti darah tinggi @ kencing manis, arthritis dan lain-lain.
Ini boleh juga membantu mereka yang menghidap penyakit seperti asma dan alahan dan lain-lain. Namun, kaedah ini memerlukan sejumlah wang yang sangat besar bagi kebanyakan daripada para pesakit dan adalah agak mustahil untuk mereka melakukan ’operation’ ini.
Dato' Dr. Noor Laily Dato' Abu Bakar
Institut Pembangunan keluarga & Kanak-kanak

Tanda2 Awal Kanser

(1) Kanser pangkal rahim - Sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,
sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan
berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di
buah dada.

(3) Kanser usus besar - Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,
sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas
termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan
yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun
berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,
sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi
lebih mendalam.

(8) Kanser otak - Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah
atau lumpuh, pening / pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (Leukimia) - Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat
jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - Suara garau / serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar
menelan dan kelenjar membengkak di leher.
____________ ____

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan

(2) Alkohol

(3) Sinaran cahaya matahari

(4) Pengambilan ubat

(5) Perokok yang tidak aktif

(6) Tembakau

(7) Radiasi

(8) Pekerjaan

(9) Pencemaran air dan udara

(10) Keturunan

Tuesday, September 30, 2008

Sejarah Kasut Bata...

Lagenda perusahaan kasut Bata



Pengasas Bata, Tomas Bata bersama keluarganya.
Beliau meninggal pada 1932 kerana kemalangan pesawat.



SETIAP dari kita walaupun sekali dalam seumur hidup pastinya pernah menggunakan kasut berjenama Bata yang sememangnya terkenal sebagai satu jenama kasut yang mampu dimiliki.

Jenama Bata itu sendiri telah telah melalui sejarah yang panjang sebelum menjadi satu jenama yang gah dan dikenali hampir di semua peringkat usia di seluruh dunia.

Penulis masih ingat lagi ketika melalui zaman persekolahan, memiliki kasut berjenama Bata, sudah dianggap sebagai anak orang berada dan pastinya pelajar wanita akan mengerling kepada penulis bukan kerana orangnya tetapi kerana kasut yang dipakai.

Jenama Bata mula dikenali di Malaysia atau Malaya pada waktu itu, apabila kedai Bata pertama di negara ini dilancarkan pada 1930 di bangunan Capitol, Singapura.

Lima tahun kemudian, kilang kasut Bata ditubuhkan di Klang, Selangor untuk pasaran dalam dan luar negara.

Namun kelmarin orang yang bertanggung jawab membina dan memajukan jenama Bata sebagai satu jenama yang unggul di dunia, Thomas J. Bata meninggal dunia pada usia 93 tahun.

Beliau yang dilahirkan pada 17 September 1914 di Zlin, Czechoslovakia dan berasal dari sebuah keluarga yang sememangnya telah menceburi bidang pembuatan kasut secara turun temurun sejak lebih tiga ratus tahun lalu.

Mendiang bapanya Tomas Bata, merupakan pengasas dan orang yang bertanggung jawab mewujudkan industri kasut ini di wilayah Zlin, Czechoslovakia pada 1894.

Bersama-sama dengan ahli keluarganya Anna dan Antonin Bata, mereka bertanggung jawab kepada penubuhan syarikat ini yang kini menjadi satu fenomena dalam industri kasut.

Sejarah


Pada permulaannya mereka hanya beroperasi di sebuah ruang kecil dengan tenaga kerja seramai empat orang.

Namun hasil kesungguhan dan keupayaan mereka, kilang pertama Bata dibina pada 1900 dan agensi pertamanya di luar negara ialah di Jerman, negara-negara Balkan dan Timur Tengah pada 1909.

Perniagaan beliau semakin menguntungkan dengan tercetusnya perang dunia pertama pada 1914.

Syarikat tersebut telah mengeluarkan lebih dua juta pasang kasut dalam setahun dengan lebih 10,000 pasang kasut dikeluarkan dalam masa sehari melalui 5,000 orang pekerja ketika Perang Dunia pertama berlangsung.

Bagaimanapun berikutan dari hutang yang berlambak akibat penghantaran yang tidak dibayar ke negara Austria Hungary (kerajaan yang baru ditubuh, Chechoslovakia tidak mengiktiraf hutang tersebut) mereka terpaksa mengurangkan pengeluaran kepada 1,700 sehari dan mengambil beberapa langkah untuk menjimatkan operasi.

Bagaimanapun di bawah kepimpinan Tomas beliau banyak memperkenalkan revolusi baru dalam bidang pengurusan kilang serta banyak mempelajari teknik pengurusan dari pengeluar kereta terkenal Amerika Syarikat (AS), Henry Ford.

Beliau sememangnya terkenal dengan kesedaran sosiol yang tinggi terhadap pekerjanya malah turut mewujudkan sebuah bandar industri yang lengkap dengan kawasan perumahan, pendidikan malah wayang gambar untuk kegunaan para pekerjanya.

Ungkapan “Bekerja secara berkumpulan dan hidup bersendirian” merupakan kata-kata semangat yang diperkenalkan Tomas dalam memberi semangat kepada pekerjanya.

Malah beliau turut diberi gelaran “Henry Ford Eropah Timur” kerana menggunakan kaedah pengeluaran secara besar-besaran bagi menjimatkan kos pengeluaran.

Beliau juga melihat teknologi sebagai alat untuk memajukan lagi perniagaan dan mahu mengeluarkan kasut pada harga yang murah bagi membolehkan orang ramai mampu memilikinya sekaligus jumlah penggunaan kasut keluarannya meningkat berkali ganda.

Bagaimanapun beliau meninggal dunia pada 1932 setelah pesawat yang dinaikinya terhempas di Lapangan Terbang Zlin ketika cuba berlepas dalam keadaan cuaca buruk.

Pada ketika itu, syarikatnya Bata telah mengambil 16,560 orang sebagai pekerja, menguruskan 1,645 buah kedai kasut dan sebanyak 100,000 pasang kasut dikeluarkan dalam sehari menjadikan Bata sebagai pengeksport utama kasut di dunia.

Adik Tomas, Jan Antonin Bata kemudiannya dilantik untuk memimpin syarikat Bata dan di bawah pengurusannya beliau telah berjaya meluaskan lagi empayar perniagaan ke 63 negara serta terlibat dalam beberapa industri lain antaranya dalam industri tayar, tekstil, perlombongan, perfileman malahan pembuatan pesawat.

Beliau turut membangunkan beberapa bandar industri baru di serata dunia berdasarkan wawasan ‘Bandar Harapan’ antaranya di Bataipora, Batatuba dan Bataguassu di Brazil serta di Perancis, Belanda, Belgium, AS dan India.

Sebelum Perang Dunia ke Dua tercetus, syarikat Bata telah mempunyai pekerja seramai 105,770 orang dan sebanyak 30 juta kasut telah dijual di lebih 30 negara.

Bagaimanapun akibat perang ini keluarga Bata terpaksa melarikan diri ke Kanada selepas tentera Nazi menjajah Czechoslovakia dan Antonin ditahan oleh pihak yang pro komunis selepas Perang Dunia Kedua tamat.

Kesemua industri Bata dimilik negarakan oleh kerajaan komunis mengakibatkan syarikat Bata terpaksa memulakan semula perniagaannya melalui syarikat milik mereka di luar negara.

Keadaan ini telah memaksa anak kepada pengasas Bata iaitu Thomas J. Bata memulakan operasi perniagaan mereka di Batawa, Toronto di Kanada sebelum melangkah lebih jauh dengan pembinaan kilang baru serta menjadikan kawasan ini sebagai ibu pejabat baru Bata.

Di bawah kepimpinan Thomas Junior, beliau telah memperkemaskan lagi sektor pemasaran, reka bentuk, peruncitan, pembuatan dan pengagihan menjadikan syarikat ini antara pengeluar kasut yang paling disegani di seluruh dunia.

Beliau juga melancarkan beberapa label baru bersesuaian dengan imej pasaran yang disasarkan bagi mempelbagaikan lagi industri ini.

Thomas akhirnya kembali ke negara asalnya yang kini dikenali sebagai Republik Czech pada 1989, dan membeli kembali syarikat Bata yang masih wujud di sana namun membuat keputusan untuk kembali semula ke Kanada.

Selepas dunia mengalami perubahan dalam pelaksanaan ekonomi sekitar tahun 1990-an, Bata turut menutup hampir kesemua kilangnya yang beroperasi di negara-negara maju seperti di AS, Perancis, dan England.

Tindakan ini mengakibatkan beribu-ribu peluang kerja terpaksa ditamatkan dan hanya mengekalkan rangkaian kedai untuk beroperasi di negara ini.

Membanggakan

Mereka hanya mengekalkan operasi di negara-negara membangun seperti di India dan Zimbabwe.

Thomas akhirnya meletak jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan Bata dengan kejayaan yang begitu membanggakan serta berjaya menonjolkan lagi nama syarikat itu ke seluruh dunia dunia.

Beliau menyerahkan jawatan tersebut kepada salah seorang cucu Tomas, Thomas G. Bata pada 2001.

Syarikat ini kini beribu pejabat di Lausanne, Switzerland dan beroperasi berdasarkan empat unit utama iaitu,

Bata Eropah bertempat di Lausanne.

Bata Asia Pasifik-Afrika bertempat di Singapura

Bata Amerika Latin bertempat di Mexico City

Bata Amerika Utara bertempat di Toronto


Terdapat pelbagai koleksi kasut yang dikeluarkan Bata mewakili semua golongan dan peringkat usia antaranya Power untuk aktiviti sukan, Marie Claire untuk wanita, Bubblegummers untuk kanak-kanak serta pelbagai keluaran lain.

Sehingga kini syarikat ini menjual sebanyak satu juta kasut sehari, mempunyai pekerja seramai 40,000 orang, mempunyai 4,600 kedai di seluruh dunia di lebih 50 negara serta memiliki 40 kilang di 26 buah negara.

Sejumlah 14 bilion pasang kasut pula telah dijual dan dipakai oleh penduduk di serata dunia sejak dari awal penubuhannya sehingga kini.

Maka benarlah seperti kata pepatah, “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Dan inilah yang berlaku kepada keluarga Bata kerana nama dan sejarah perniagaan mereka pastinya akan terus dikenang sebagai antara jenama dan perusahaan kasut terunggul dunia.

Monday, September 29, 2008

Haram Guna Rhodamine B dalam Belacan

UTUSAN MALAYSIA, JUMAAT 28 MAC 2008 M/S 8

KUALA LUMPUR 27 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengharamkan penggunaan bahan pewarna Rhodamine B dalam belacan yang boleh menyebabkan penyakit barah atau karsinogen.
Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Noraini Mohd Othman berkata, penjualan dan penyediaan makanan yang mengandungi Rhodamine B adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983.
Katanya, jika sabit kesalahan, peniaga atau pegeluar boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Noraini menambah, bagi pelanggaran yang melibatkan belacan yang diimport, produk tersebut akan disenarai hitamkan serta pengimportan seterusnya adalah tertakluk kepada prosedur ‘Tahan, Uji dan Lepas’.
Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas semua makanan di bawah Program Keselamatan dan Kualiti Makanan sama ada ia diimport atau disediakan dalam negara ini.
“Bagi menangani masalah melibatkan pembuatan belacan, kementerian juga telah melancarkan satu Operasi Khas Belacan pada bulan ini yang melibatkan pengambilan sampel belacan dan pemeriksaan premis belacan di seluruh negara”, katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Menurut Noraini, bagi tahun 2007, denda sebanyak RM300 dikutip melalui operasi yang sama berbanding RM800 pada tahun 2006 dan RM4,408.10 pada tahun 2005.
Katanya, penumpuan aktiviti penguatkuasaan bagi menjamin keselamatan makanan tidak hanya terhad kepada belacan sahaja sebaliknya melibatkan pelbagai jenis makanan.
Beliau berkata, keprihatinan pelbagai pihak termasuk persatuan pengguna amat diharapkan untuk menyalurkan maklumat lengkap beserta nama dan alamat pengilang yang disyaki menyalahi kehendak perundangan makanan kepada KKM atau Jabatan Kesihatan Negeri supaya tindakan segera dapat dilakukan.


p/s : ayo yo ...makan belacan pun tarak selamat ye...

Soalan/Jawapan : Melamine...

FAKTA-FAKTA MENGENAI SUSU DAN HASILAN SUSU
DARI NEGARA CHINA
1. Apakah Melamine?
Jawapan :
Melamine adalah bahan organik yang antara kegunaannya ialah
dalam pembuatan plastik, bahan pembersih, gam, baja dan lainlain.
Melamine adalah bahan yang tidak dibenarkan di dalam
semua makanan.
2. Mengapa Melamine dikesan di dalam susu dan hasilan
susu?
Jawapan :
Ia ditambah secara sengaja untuk meningkatkan tahap nitrogen
bagi mematuhi standard kandungan protein dalam susu.
Penambahan Melamine dalam makanan adalah menyalahi
undang-undang di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-
Peraturan Makanan 1985.
3. Apakah kesan Melamine kepada manusia?
Jawapan :
Kesan melamine secara langsung mengakibatkan iritasi apabila
terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata.
Pengambilan melamine melalui makanan boleh mengakibatkan
 kerosakan pada sistem pembiakan
 pembentukkan batu karang dalam ginjal dan pundi
kencing. Ini boleh mengakibatkan kegagalan ginjal
terutamanya kepada bayi
Sebagai langkah proaktif, Kementerian Kesihatan ingin menasihati
semua pakar perubatan dan pegawai perubatan agar sentiasa
- 2 -
berjaga-jaga dan memantau gejala masalah buah pinggang
seperti bayi menangis tanpa sebab ketika kencing, kencing
berdarah, dan tekanan darah tinggi pada bayi. Keadaan ini jarang
berlaku dan sekiranya mengesyaki gejala ini di kalangan kanakkanak
perlulah melaporkan kepada KKM dengan segera.
4. Adakah susu tepung formula bayi, dan susu dari Negara
China di bawa masuk ke Malaysia?
Jawapan :
Malaysia tidak mengimport sebarang susu tepung formula bayi dan
susu dari Negara China.
5. Adakah hasilan susu dari Negara China di bawa masuk ke
Malaysia?
Malaysia ada mengimport hasilan susu dari Negara China,
walaubagaimanapun, bekalan susu diimport dari Australia, New
Zealand, Nertherland dan Amerika Syarikat. Ini merupakan syarat
oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam mengeluarkan permit
bagi hasilan susu yang diimport dari Negara China oleh kerana risiko
penyakit kaki dan mulut pada ternakan lembu di negara tersebut.
6. Apakah yang dimaksudkan susu dan hasilan susu?
Jawapan :
Merujuk kepada Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan
Makanan 1985, susu didefinisikan sebagai susu biasa yang bersih
dan segar daripada lembu, kerbau, kambing atau biri-biri.
Hasilan susu didefinisikan sebagai apa-apa produk yang dihasilkan
atau disediakan daripada susu. Contohnya:
i. Susu skim (susu tanpa lemak)
ii. Susu pasteur
iii. Susu UHT
iv. Susu berperisa
v. Susu tepung krim
- 3 -
vi. Susu tepung skim
vii. Susu sejat
viii. Susu pekat manis
ix. Mentega
x. Keju
xi. Ais krim
xii. Yogurt
xiii. Ghee (minyak sapi)
7. Apakah peranan anda sebagai pengguna dalam hal ini?
Jawapan :
Pengguna diminta mendapatkan maklumat terkini dari Kementerian
Kesihatan Malaysia (website/telefon/kenyataan akhbar). Pengguna
dinasihatkan membaca label makanan sebelum membeli. Sekiranya
pengguna masih ragu-ragu, sila hubungi Bahagian Keselamatan dan
Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-
88833655/0388833503 untuk membuat aduan dan mendapatkan
maklumat lanjut.
8. Apakah peranan anda sebagai penjual dalam hal ini?
Jawapan :
Anda dinasihatkan untuk menyemak inventori produk jualan anda
dan jika didapati produk makanan yang mempunyai susu sebagai
salah satu ramuan dan diimport dari Negara China, segera keluarkan
produk makanan tersebut dari premis. Anda juga diminta untuk
menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Jabatan
Kesihatan Negeri (JKN) untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat terkini dari Kementerian
Kesihatan Malaysia (website- http//fsq.moh.gov.my / telefon
/kenyataan akhbar)
9. Apakah peranan anda sebagai pengimport dalam hal ini?
- 4 -
Jawapan :
Anda dinasihatkan tidak mengimport susu tepung formula bayi, susu
dan hasilan susu dari Negara China buat masa sekarang ini.
Sekiranya produk makanan tersebut telah berada dalam simpanan,
anda dinasihatkan jangan menjual dan melaporkan kepada PKD dan
JKN yang berhampiran untuk tindakan selanjutnya.

Saturday, September 13, 2008

7 world amazing holes

7 world amazing holes

1. mirny diamond mine, serbia siberia
v=0

2. kimberley big hole - south africa
v=0

3. glory hole - monticello dam
v=0

4. bingham canyon mine, utah
v=0

5. great blue hole, belize

v=0
v=0

6. diavik mine, canada
v=0

7. sinkhole, guatemala

v=0
v=0

Thursday, September 11, 2008

Adakah anda salah seorang...

BAHAYA MENGADAP PC LAMA-LAMA

So kenkawan, jgn dok melekat jer kat depan screen tu... :-)

Pasti kau akan mengerti, Hidup ini putarannya tersendiri. Duduk lama boleh bawa maut.
Darah pekerja habiskan masa berjam-jam hadap komputer mungkin jadi beku.

WELLINGTON: Pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing meletakkan nyawa mereka pada risiko tinggi, kata penyelidik.

Institut Penyelidikan Perubatan di New Zealand mendapati mereka berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku yang boleh membawa maut. Penyelidik mendapat satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana menghidap trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau pembekuan darah, adalah pekerja pejabat yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Kajian akan disiarkan dalam New Zealand Medical Journal. DVT ialah pembentukan darah beku dalam pembunuh darah vena, terutama di kaki.

Pembekuan boleh merebak ke hati, paru-paru atau otak, menyebabkan sakit dada, sesak nafas dan kemungkinan maut disebabkan serangan jantung atau angin ahmar.

Keadaan itu juga digelar sebagai 'sindrom kelas ekonomi' kerana penumpang yang duduk dalam penerbangan jarak jauh tanpa ruang untuk meregangkan badan, dianggap paling berisiko menghadapi masalah itu.

Penyelidik New Zealand memeriksa contoh 62 pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan masalah darah beku, dan mendapati 34 peratus daripadanya duduk di meja mereka untuk jangka waktu lama.

Sebagai perbandingan, 21 peratus baru-baru ini menaiki penerbangan jarak jauh. Bagaimanapun, penyelidik menerima bahawa lebih ramai duduk di meja mereka dalam jangka panjang berbanding berada dalam penerbangan jarak jauh.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley, berkata sebahagian pekerja pejabat yang menghidap masalah itu duduk di depan skrin di meja mereka selama 14 jam sehari.

"Sebahagian daripada mereka duduk berterusan selama tiga atau empat jam pada satu-satu masa tanpa bangun langsung," katanya.

Profesor Beasley berkata, masalah ialah yang paling biasa dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan. Pakar Psikologi dan Kesihatan Universiti Lancaster, Profesor Cary Cooper, berkata dia tidak terperanjat dengan penemuan itu.

Katanya, orang ramai bekerja lebih lama berbanding sebelum ini, dan selalunya tidak menikmati rehat makan tengah hari dengan sempurna, sebaliknya cuma mengambil sandwic sambil melayan emel.

"Pekerja pejabat tidak bangun dan berjalan seperti yang mereka pernah lakukan," katanya.

DVT menjejaskan kira-kira 100,000 orang dan membunuh sehingga 1,000 pesakit di Britain setiap tahun.- Agensi

Sotong 450kg ditangkap

WELLINGTON: Sekumpulan nelayan di New Zealand berjaya menangkap seekor sotong gergasi dipercayai yang terbesar setakat ini dengan berat 450 kilogram manakala ukur lilitnya sama besar dengan tayar.

Sotong dewasa itu ditangkap ketika nelayan menjaring ikan di laut dalam Antartika, kata Menteri Perikanan New Zealand, Jim Anderton ketika mengumumkan mengenai penangkapan itu.

Sotong itu masih hidup ketika ditangkap dan sedang memakan umpan ikan ketika ditarik ke atas kapal, kata Jim dalam kenyataannya.

“Ia, bagaimanapun, hampir mati ketika tiba di permukaan dan nelayan menaikkannya dengan berhati-hati untuk memastikan haiwan itu di dalam keadaan baik. Ia kini dibekukan untuk dibawa pulang ke New Zealand bagi tujuan penyelidikan saintifik,” katanya.

Sotong gergasi adalah antara haiwan laut dalam paling misteri dan boleh membesar sehingga 14 meter panjang.

“Kajian berterusan terhadap haiwan ini akan dapat membantu membongkar misteri laut dalam kerana sehingga kini persoalan asas mengenai berapa besar saiz sebenar haiwan ini, pemakanan dan jangka hayatnya belum lagi diketahui,” kata Jim.

Berat sotong terbaru ditangkap itu adalah 150 kilogram lebih berat daripada sotong terbesar ditangkap sebelum ini, meskipun pakar belum memeriksanya.

Kali pertama sotong itu ditangkap adalah pada April 2004 di Laut Ross dekat Antartik, seekor sotong betina seberat 150 kilogram.

Steve O’Shea, pakar sotong di Universititi Teknologi Auckland, berkata sotong terbaru lebih besar lagi dan saintis tentu tak sabar-sabar melihatnya.

“Saya boleh beri jaminan bahawa perkara ini akan menarik minat besar. Ia sesuatu yang menakjubkan,” katanya.

Sotong gergasi itu boleh bergerak hingga sedalam 2,000 meter, spesies yang aktif dan boleh membunuh, katanya lagi.

Sampel sotong gergasi yang dibekukan itu akan dihantar ke Muzium Kebangsaan New Zealand, Te Papa di ibu negara, Wellington.

Saintis hidupan laut tentu berminat mengkaji haiwan menakjubkan ini kerana ia akan membolehkan kita mendalami hidupan marin, kata Anderton.

Sotong gergasi itu hanya boleh ditemui di perairan Antartik dan tidak ada kaitan dengan sejenis sotong bersaiz besar di perairan New Zealand yang boleh membesar hingga 12 meter dan tidak seberat spesies Antartika.

Makan Tauge

Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan syaur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya

Fakta menarik

Adakah anda tahu?


1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK.. YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di duniayang
menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampumerosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyakmampu
membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan danbukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee.. pengarah terpaksa memperlahankansedik it filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinyatidak dapat
ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensornyam uk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana
mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkansekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki
anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan123456789876 54321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akantenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalamsehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiaptahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang palingbanyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang
dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D. C mengalahkan pendudukpenduduknya .

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagnesegar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan
seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untukbahagian bibirnya
sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby' .

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahutentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat
pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

29. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office... Pelik bukan!

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan?

Tuesday, September 9, 2008

10 Jenis Makanan Antikolestrol...

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Laut Terdalam Di dunia :

#1 Pacific Ocean (35,837 ft) (10,924 meters)
#2 Atlantic Ocean (30,246 ft) (9,219 meters)
#3 Indian Ocean (24,460 ft) (7,455 meters)
#4 Caribbean Sea (22,788 ft) (6,946 meters)
#5 Arctic Ocean (18,456 ft) (5,625 meters)
#6 South China Sea (16,456 ft) (5,016 meters)
#7 Bering Sea (15,659 ft) (4,773 meters)
#8 Mediterranean Sea (15,197 ft) (4,632 meters)
#9 Gulf of Mexico (12,425 ft) (3,787 meters)
#10 Japan Sea (12,276 ft) (3,742 meters)

Monday, September 8, 2008

Macam-macam ye...

Terlalu banyak tidur atau tidur lebih dari lapan jam sehari tak hanya akan membuat Anda dicap sebagai pemalas tapi juga membuat Anda cepat mati. Wah....!

Penelitian yang dilakukan oleh Institusi American Cancer Society ini melibatkan 1000 orang relawan dari beberapa negara bagian di Amerika, dan berhasil mengungkapkan bahwa orang yang tidur lapan jam sehari ternyata berisiko 12% meninggal lebih cepat. Risiko ini meningkat menjadi 17% pada orang-orang yang tidur sembilan jam sehari. Risiko kematian yang paling besar terjadi pada seseorang yang tidurnya mencapai sepuluh jam sehari, yaitu mencapai 34%.

Mengapa tidur lebih dari lapan jam sehari tidak dianjurkan? Profesor Daniel F. Kripke, salah seorang peneliti mengatakan bahwa terlalu banyak tidur sama seperti terlalu banyak makan. Tubuh tidak memerlukan lebih dari yang ia perlukan, terlalu banyak tidur hanya akan membuat organ tubuh melemah. "Sebaiknya setiap orang mempunyai kebiasaan tidur 6,5 jam sehari, tapi harus tidur yang berkualiti. "Tak ada alasan untuk menambah jam tidur, tubuh akan memberitahu kita berapa banyak jam yang ia perlukan untuk beristirahat, " ujar Prof... Daniel.

Jadi, merujuk pada penelitian di atas maka dapat diambil kesimpulan bahwa tidur tujuh jam sehari adalah yang terbaik. Penelitian tersebut menunjukkan bahwa tubuh paling merasa nyaman jika hanya tidur selama tujuh jam. Tak masalah juga jika tidur kurang dari tujuh jam sehari. Misalnya, enam atau lima jam sehari. "Tapi ingat, tidak baik bagi kesehatan apabila Anda terus menerus tidur kurang dari lima jam sehari dalam waktu yang cukup lama," ujar Prof. Daniel mengingatkan.

"Kalau selama ini Anda tidur lebih dari yang diperlukan oleh tubuh, maka mulai sekarang hilangkan kebiasaan tersebut. Tidurlah yang berkualiti dan yakinlah bahwa tidur selama tujuh jam sehari telah mencukupi dan membawa impak yang positif bagi kesehatan Anda," ujarnya.